Sunday, September 13, 2009

Benarkah Rakyat didahulukan..pencapaian diutamakan ?

Slogan kerajaan ini amat popular dan cukup signifikan dengan keadaan rakyat yang selama ini merasakan bahawa kerajaan mengabaikan golongan kebanyakan dan hanya membantu segelintir rakyat daripada golongan elit dan berkepentingan sahaja.
Persoalannya benarkah tindakan-tindakan kerajaan pimpinan DSN mengarah kepada slogan yang dicanang-canangkan itu...adakah slogan ini merupakan satu retorik semata-mata untuk memulihkan semula keyakinan rakyat akibat tsunami politik PRU12.
Persoalan paling besar adakah UMNO sebenarnya mampu bangkit semula..dan memulihkan maruahnya sebagai parti melayu paling dominan dan disayangi oleh rakyat.
Ramai orang melayu diluar lingkungan ahli-ahli UMNO sendiri termasuk saya sebenarnya masih mempunyai rasa hormat dan sayang jauh disudut hati pada UMNO walaupun kadangkala tindakan-tindakan oleh pemerintah amat perit dan sukar difahami.Memenangi hati kebanyakan orang melayu islam sebenarnya bukanlah perkara yang terlalu susah, inilah yang gagal difahami oleh kebnyakan pemimpin UMNO dan ahli-ahlinya juga..walaupun diwar-warkan ada 3 juta anggota seharusnya mereka ( UMNO) sedar ada jutaan lagi orang melayu yang diluar lingkungan mengharapkan perhatian dan bantuan serta mengharapkan UMNO mampu mempertahankan kesinambungan bangsa dan mengekalkan jatidiri melayu tanpa perlu mengorbankan hak-hak seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan.
Satu contoh yang paling mudah..bila tiba Bulan Ramadhan petugas-petugas parti PAS dengan senyuman menghulurkan bungkusan kecil berisi 3 biji kurma dan sebotol air mineral dan ucapan selamat berbuka di Stesyen-stesyen LRT termasuk di stesyen ERL Putrajaya ! mereka melakukan aktiviti ini setiap tahun dibulan Ramadhan bukannya ketika musim pilihanraya sahaja..walaupun kecil ia amat mengesankan..dan saya tidak pernah samasekali petugas-petugas UMNO melakukan perkara-perkara sebegini yang merupakan satu usaha yang melmbangkan keikhlasan ( psikologi ) yang baik untuk imej parti.
Begitu juga apabila pak Menteri menerangkan alasan kenaikan harga petrol tentang harga pasaran minyak mentah mencecah US85 dolar setong tetapia apabila saya memeriksa di Internet didapati harganya sekitar US70 dolar setong sahaja.Mengapakah tidak ditangguhkan sahaja pengumuman kenaikannya selepas musim perayaan ini..bukankah itu satu bentuk pengorbanan kerajaan yang akan dihargai oleh semua orang...apatah lagi pengumuman kenaikan dibuat pada malam 31 Ogos ....
DSN sewajarnya memperbaiki kecelaruan ini dengan segera supaya agenda 1Malaysia mampu direalisasikan dan orang melayu tidak merasakan suara,hak dan kepentingan mereka dipinggirkan semata-semata kerana ingin meraih sokongan bangsa lain. Idea-idea merapu seperti yang dicadangkan oleh TMY seperti menghapuskan kolum bangsa didalam borang-borang rasmi atau dokumen harus dielakkan...ia tidak membantu ke rah pemulihan keyakinan orang melayu kepada UMNO khususnya dan rakyat kepad BN secara keseluruhannya......

No comments:

Post a Comment