Sunday, September 13, 2009

Benarkah Rakyat didahulukan..pencapaian diutamakan ?

Slogan kerajaan ini amat popular dan cukup signifikan dengan keadaan rakyat yang selama ini merasakan bahawa kerajaan mengabaikan golongan kebanyakan dan hanya membantu segelintir rakyat daripada golongan elit dan berkepentingan sahaja.
Persoalannya benarkah tindakan-tindakan kerajaan pimpinan DSN mengarah kepada slogan yang dicanang-canangkan itu...adakah slogan ini merupakan satu retorik semata-mata untuk memulihkan semula keyakinan rakyat akibat tsunami politik PRU12.
Persoalan paling besar adakah UMNO sebenarnya mampu bangkit semula..dan memulihkan maruahnya sebagai parti melayu paling dominan dan disayangi oleh rakyat.
Ramai orang melayu diluar lingkungan ahli-ahli UMNO sendiri termasuk saya sebenarnya masih mempunyai rasa hormat dan sayang jauh disudut hati pada UMNO walaupun kadangkala tindakan-tindakan oleh pemerintah amat perit dan sukar difahami.Memenangi hati kebanyakan orang melayu islam sebenarnya bukanlah perkara yang terlalu susah, inilah yang gagal difahami oleh kebnyakan pemimpin UMNO dan ahli-ahlinya juga..walaupun diwar-warkan ada 3 juta anggota seharusnya mereka ( UMNO) sedar ada jutaan lagi orang melayu yang diluar lingkungan mengharapkan perhatian dan bantuan serta mengharapkan UMNO mampu mempertahankan kesinambungan bangsa dan mengekalkan jatidiri melayu tanpa perlu mengorbankan hak-hak seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan.
Satu contoh yang paling mudah..bila tiba Bulan Ramadhan petugas-petugas parti PAS dengan senyuman menghulurkan bungkusan kecil berisi 3 biji kurma dan sebotol air mineral dan ucapan selamat berbuka di Stesyen-stesyen LRT termasuk di stesyen ERL Putrajaya ! mereka melakukan aktiviti ini setiap tahun dibulan Ramadhan bukannya ketika musim pilihanraya sahaja..walaupun kecil ia amat mengesankan..dan saya tidak pernah samasekali petugas-petugas UMNO melakukan perkara-perkara sebegini yang merupakan satu usaha yang melmbangkan keikhlasan ( psikologi ) yang baik untuk imej parti.
Begitu juga apabila pak Menteri menerangkan alasan kenaikan harga petrol tentang harga pasaran minyak mentah mencecah US85 dolar setong tetapia apabila saya memeriksa di Internet didapati harganya sekitar US70 dolar setong sahaja.Mengapakah tidak ditangguhkan sahaja pengumuman kenaikannya selepas musim perayaan ini..bukankah itu satu bentuk pengorbanan kerajaan yang akan dihargai oleh semua orang...apatah lagi pengumuman kenaikan dibuat pada malam 31 Ogos ....
DSN sewajarnya memperbaiki kecelaruan ini dengan segera supaya agenda 1Malaysia mampu direalisasikan dan orang melayu tidak merasakan suara,hak dan kepentingan mereka dipinggirkan semata-semata kerana ingin meraih sokongan bangsa lain. Idea-idea merapu seperti yang dicadangkan oleh TMY seperti menghapuskan kolum bangsa didalam borang-borang rasmi atau dokumen harus dielakkan...ia tidak membantu ke rah pemulihan keyakinan orang melayu kepada UMNO khususnya dan rakyat kepad BN secara keseluruhannya......

Tuesday, September 8, 2009

Cerpen Pendek : Songkokisme Usang Part 1

Pagi itu, awal subuh lagi Pak Itam ke kedai mencari surat khabar .Dia ingin menjadi orang terawal untuk mengetahui berita-berita semasa di kampung Songek.Selepas itu dia akan ke kedai kopi Pak Akob untuk menikmati teh tarik dan sekeping roti canai kosong.
Dicapainya songkok usang hitam yang kelihatan kelabu di atas para dan bergegas dia turun menuju ke motosikal Honda C70 nya.
Sampai di kedai kopi Pak Akob dia sudah terdengar-dengar ada orang yang menyapanya.tak lain tak bukan Aji Idam Serban Hijau..kawan baiknya dari sekolah melayu dan musuh politiknya dari Parti Ideologi Serbanisme.
" Pak Itam ..kau tau tak semalam Parti Songkokisme kalah lagi..masuk kali sudah tujuh kali terkucil Tam " sindir Aji Idam sambil tersengih-sengih menghirup kopi kapal api." Pak Itam hanya mampu tersenyum kelat tanpa mampu berkata-kata. Dia tahu Partinya semakin hanyut..mujurlah lambang kapal layar telah ditukar dulu oleh Bendahara kedua..jika tidak pastinya sesuai sangat lambang kapal layar itu dengan situasi Parti Songkokisme sekarang.
Namun jauh di sudut hatinya dia yakin Parti Songkokisme masih ada harapan untuk bangkit dengan syarat semua lapisan pemimpinnya yang hanya menghabiskan dan menyapu bersih duit2 dan projek secara tamak haloba itu ditukarkan dengan pemimpin seperti era 60-70an dulu.
Masalahnya AJK Parti Songkokisme terlalu mementingkan duit..hatta duit untuk majlis berbuka puasa pun disapu separuh.Itu belum dikira Tok Ketua kampung Pak Awang ...rumahnya kurang sedikit saja ika dibandingkan rumah YB Meon. " Hmm...kau tau Idam..Parti aku ni bukannya tak kuat tapi penyokong ramai yang meluat...asyik anak beranak bolot Parti baik di cawangan sampai ke pusat...masa zaman Bendahara Lah dibawanya pula menantunya jadi Ketua Anak Jantan abis yang lain2 tak dapat naik" Pak Itam menghabiskan ayatnya sambil menjepa rokok pucuk di mulutnya. Dia tahu Parti Songkokisme yang disokongnya sejak sebelum merdeka akan rebah jua akhirnya jika tidak diselamatkan segera sama seperti songkok usangnya yang menanti masa untuk digantikan dengan yang baru........................

Monday, August 24, 2009

Salam perkenalan.........................

Pertama kali terdetik di kepala untuk membuka blog..bila saya merasakan berita-berita atau maklumat yang dicerap daripada surat khabar dan media arus perdana amatlah berat sebelah dan kadang-kadang amat jelas pembohongannya...selalu juga saya terpikir apakah kerajaan sedar tentang tahap pemikiran kebanyakan rakyat Malaysia tidak sama lagi jika dibandingkan dengan 30 tahun yang lalu.
Kemunculan media alternatif pula walaupun memberi pandangan yang berbeza tetapi tetap sahaja mempertahankan tindakan sebelah puak lagi walaupun kadangkala yang dipertahankan itu pun salah juga! menambahkan lagi kecelaruan fikiran pembaca seperti saya sehingga kadangkala saya merasakan yang diperbodohkan adalah diri saya sekiranya terus-terusan mencerap informasi yang bersifat manipulasi, tidak mempunyai nilai dan hanya mencerminkan sikap penulis-penulis atau wartawan yang maruahnya tak ubah seperti sampah atau pencacai yang mengampu mengemis wang daripada si oligarki yang memang tak pernah berubah.........